Ok, today hari ini aku rasa agak lonely pada mulanya, walaupun pada mukanya ramai je orang dekat sekeliling.
Mungkin lonely sebab dia tak dapat hadir. Tapikan.. Dengan secara kebetulan aku mula sedar, kini hati aku sudah mula terpaut.
Mungkin pada mulanya, aku sendiri takut semua ini aku lakukan kerana tekanan dan sebab suka suka. Tapi setelah aku pikirkan apa yang hati aku alami dan perasaan aku setelah kau hadir dalam hidup aku, aku mula sedar apa fungsi hati dan perasaan, dan tahap mana aku mampu tampung.
Aku mula sedar kini aku telah jatuh cinta. Dulu, selepas apa yang berlaku atas diriku, sedikit sebanyak aku takut untuk jatuh cinta lagi. Aku takut untuk jatuh lagi. Aku takut untuk berdiri dan jatuh lagi.
Tapi, adilkah kita untuk menghukum diri sendiri dan juga orang yang bakal kita bersama untuk tidak dapat menerima hati dengan sepenuhnya? Aku mula terfikir…
Aku mula terfikir apa yang sering aku terdengar dengarkan, dan apa yang aku percaya; Hargai apa yang didepan mata.
Aku mula percaya cintamu, Aku mula percaya kasihku, Aku mula percaya hatiku, Aku mula percaya janjiku..
Bila hati sudah jatuh cinta, aku tidak mampu untuk halang hati ku untuk berpatah balik.
Terima Kasih sayang kerna hadir dalam hidup ku ini, hidup yang penuh cerita cerita slot akasia. (hee)
Bila hati sudah jatuh cinta, aku berjanji aku berikan yang terbaik.
Bila hati sudah jatuh cinta, aku mula luruskan perjalananku.
Bila hati sudah jatuh cinta, aku sentiasa inginkan mu..
Saya sayangkan awak Farikha ;)